Resepi Kek Continental Black Forest RoseDina Bakery. Simple Enak

Advertisement

keksimple.com – Resepi Kek Continental Black Forest RoseDina Bakery. banyak sekali jenis kuih, berikut ini salah satunya , mari kita bahas resepi Resepi Kek Continental Black Forest RoseDina Bakery. ini, dan jangan lupa di cuba ya bunda., berikut ini artikel receipt kek yang kita kongsikan dengan simple, harapan bisa di cuba di dapurnya, postingan yang telah kita rangkum dari sumber yang bisa dipercaya enak dan lezat

RESEPI SPONGE CAKE

RESEPI 1

375 gm tepung optima

5 biji telur gred A

75 gm air

75 gm butter @ minyak jagung.

CARA-CARA

1) Pukul tepung Optima, telur dan air hingga gebu. Gunakan high speed. Biasanya tak lama , dalam 7-8 minit je. Lepas tu boleh perlahankan mixer.

2) Kemudian masukkan minyak jagung. Gunakan low speed untuk 1-2 minit je. Kalau nak kacau guna sudu pun boleh. Penting untuk tidak menggunakan high speed dan tidak terlebih pukul, sebab nanti sponge cake bantat. Itu tipsnya ya.Kalau nak buat chocolate sponge cake , minyak jagung tu kita campur dulu dengan chocolate emulco 1 tbsp dan serbuk koko 1tbsp. Kacau, lepas tu baru masukkan dalam campuran tepung. Kalau nak buat sponge cake pandan pulak, guna perasa dan pewarna pandan. Senang je kan?

3) Bakar dalam oven. Biasanya lebih kurang 45 minit je. Tapi lain oven lain waktu yang diperlukan. Jadi kita kena biasakan diri dahulu dengan oven yang kita gunakan.

RESEPI 2

5 biji telur gred A

125 gm gula castor

1 tsp esen vanila

15 gm ovelette

40 ml air

100 gm tepung gandum – diayak

20 gm serbuk koko – diayak

1 tsp baking powder

70 gm mentega – cairkan 

CARA-CARA

1) Campurkan gula, telur, ovalette, vanila , air, tepung, serbuk koko dan baking powder.

2) Putarkan semua bahan hingga ringan dan kembang.

3) Masukan mentega cair dan kacau dengan spatula saja.

4) Masukan dalam loyang dan bakar.

BLACK FOREST

1) Bila sponge cake dah siap, bahagikan kek kepada tiga bahagian. Kalau nak mudah, gunakan je cake leveller yang boleh didapati di kedai kek.

2) Lupa pulak Kak Ros. Sebelum bahagikan kek tu, kita kena sediakan dulu fresh cream @ whipping cream. Untuk satu kek bersaiz 9 inci, kita perlukan lebih kurang 300ml whipping cream yang diputar sehingga menjadi krim.

3) Sebelum menyapukan krim pada kek, siram dahulu jus pitted cherry kat atas kek supaya kek lembap. Lepas tu, baru lah sapukan krim. Kemudian, susun pitted cherries di atas kek. 

*Haa, siapa yang tak tahu pitted cherries tu apa?

– Pitted Cherries ni ialah buah ceri yang telah dikeluarkan bijinya. Biasanya dah ada jual dekat kedai kek.

4) Seterusnya, buat yang serupa untuk lapisan yang lain-lain.

5) Untuk topping pulak, letak juga juspitted cherries kat atas. Kemudian bubuh krim dan ratakan krim supaya nampak cantik. Akhir sekali, bolehlah hias kek seperti di atas. Nah, dah siap. Senang je kan?

Follow Pinterest Untuk Dapatkan Pelbagai Resepi Terbaru Yang Menarik Dan Juga Jangan Lupa LIKE Facebook kami!

gimana mudah je kan receipt Resepi Kek Continental Black Forest RoseDina Bakery. yang saya buat dan sampai bertemu lagi di receipt sedap dan enak selanjutnya.

Demikian receipt Resepi Kek Continental Black Forest RoseDina Bakery. yang bisa ibu try dirumah, jangan lupa baca receipt lainnya di keksimple.com.

Populer di KekSimple.com

Resepi Kek Continental Black Forest RoseDina Bakery. Simple Enak | admin | 4.5